Bahaya meninggalkan dakwah

Bismillahirrahmanirrahim...

Dakwah, menurut Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah dalam kertas kerja yg. telah dibentangkan dalam Seminar 'Islam dan Multimedia' di IKIM, Dakwah ialah 'usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam, menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan tertentu'. Banyak lagi definisi-definisi yang dapat dicari di laman sesawang, tapi tak lari jauhlah maksudnya.



Jadi, secara mudahnya, andainya dakwah ditinggalkan, maka ajaran Islam tak dapat disampaikan, orang ramai tak diajak atau diseru untuk mengenali Islam dengan betul, kalau tahu Islam, tapi tak menerima dan menghayatinya juga tak betul juga. Itu secara mudahnya. Secara teorinya, saya mendapat dapatan yang sama apabila saya menaip di google apabila saya menaip "meninggalkan dakwah". Iaitu:
1) meninggalkan dakwah adalah dosa sebab meninggalkan dakwah adalah meninggalkan kewajiban.
2) kenikmatan ibadah terancam.
3) kejahatan merajalela.
4) runtuhnya eksistensi umat Islam.
5) turun adzab Allah.
6) Kemungkaran dan kemaksiatan merajalela.
7) Allah akan membangkitkan seorang penguasa yang dzalim, yang tidak menghormati orang tua di antara kita, tidak menyayangi yang muda.
8) Diturunkan azab yang pedih kepada kita sebelum kita mati.
9) Do'a-do'a kita tidak di kabulkan oleh Allah.
10) Orang yang imannya kuat akan turun imannya. Orang yang imannya lemah akan murtad.
11) Rasullullah SAW bersabda, "Seseorang yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah, akan mendapatkan manfaat ruhani dan terselamat dari dukacita, kecuali dia mengabaikan hak-haknya! Sahabat bertanya, "Bilamana haknya di abaikan yaa Rasul?" Bila kemaksiatan sudah merajalela tetapi dia tidak mencegahnya atau mengubah dengan tangannya."
12) Hilang keberkahan wahyu Al-Qur'an. Maksudnya adalah Al-Qur'an tidak di tafsirkan dengan benar dan menuruti kehendak nafsu orang yang mentafsirkannya.
13) Orang yang belum kenal Islam akan semakin banyak dan semakin banyak pula manusia yang masuk ke dalam neraka, karena tidak beriman kepada Allah.

Itulah antara dapatan saya dari carian di internet dan sebenarnya banyak lagi boleh didapati dari berbagai-bagai sumber, namun setakat yang termampu, inilah yang saya dapat.

Dari analisa peribadi pula, saya sering dan biasa mendengar bahawa seorang da'i itu tak boleh kecewa, bapa saya sering menasihati saya bila mana saya kecewa, kerana tugas kita hanya menyeru dan mengajak orang ramai, namun yang memberi hidayah itu semua adalah urusan Allah. Saya memetik ayat ini kerana saya sendiri sering kecewa dan hampir berputus asa apabila seruan saya tak diendahkan orang. Namun, andainya saya hanya menurut emosi dan berputus asa, diatas itu natijah-natijahnya. Jadi janganlah kita meninggalkan dakwah kerana ia tanggungjawab semua, bukan hanya kepada pihak-pihak tertentu sahaja, dalam definisi dakwah sendiri di hujungnya ada disebut "yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan tertentu". Berdakwahlah dengan cara anda sendiri asal tak menyimpang dari syariat agama.

Saya akhiri dengan dua petikan, satu daripada buku "Episode Cinta Sang Murabbi" dan satu lagi dari ayat Al-quran yang cukup terkenal iaitu pujian Allah dalam surah Al-Imran, ayat 110

Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu’
akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,’ yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya”
(K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

Al-Imran ayat 110;
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Wallahualam...

Wassalam...

No Response to "Bahaya meninggalkan dakwah"

Post a Comment